<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8383945\x26blogName\x3dMy+homie.+My+shell.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://undergroundst23.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_SG\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://undergroundst23.blogspot.com/\x26vt\x3d-8109598527040998144', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Keluhan hati

Sudahku duga. Dia tidak akan berubah. Apa lagi yang hendak dikatakan? Tiada siapa yang boleh merubah dirinya kecuali dirinya sendiri. Jangkaanku memang tepat. Kata-katanya hanya haruman wangi yang tidak bermakna, hilang ditiup angin. Aku sudah tidak larat lagi untuk berbuat apa-apa.



Sejak kebelakangan hari, aku telah mempelajari beberapa perkara.

Apa yang baik adalah baik dan apa pula yang buruk akan tetap buruk. Aku tidak boleh berdolak-dalih. Tiada bohongan yang baik. Tiada tipuan yang baik. Tiada sindiran yang baik. Memang ia silapku, untuk menagatanya begitu, menyindirnya. Dan kerana ini juga akan aku memperteguhkan lagi pendirianku; simpanlah sesetengah isi hatimu kepada dirimu sendiri. Berkatalah hanya yang baik.

Jika kamu tidak mahu memberitahu diri ini, tiada apa yang dapatku lakukan. Aku tidak mahu memaksa. Namun peluang tetap terbuka luas. Jika ada sesuatu yang ingin diluahkan, maka silakan. Pintu hatiku sentiasa terbuka untuk menerima apa-apa sekali pun, yang baik mahupun yang sebaliknya. Aku akan sentiasa sedia dan menunggu.

Kata-kata itu tiada gunanya, jika ia hanya diluahkan sekadar untuk menyakiti orang lain. Kerana, ia akan suatu hari kelak berpaling dan memanah dirimu pula. Tiada guna kata-kata jika ia tidak akan membantu. Kadangkala, kata-kata itu sendiri yang akan membunuh dirimu. Mencemar nama baikmu yang telah lama dan penat dibina. Kata-kata itu mempunyai kudrat yang amat hebat,berhati-hatilah ketika menggunakannya. Bersuaralah demi membawa ke arah kejayaan. Bersuaralah untuk mempertahankan kebenaran. Bersuaralah agar kamu hanya sekadar menegur. Berkatalah hanya dengan satu niat yang suci; berkatalah hanya untuk kebaikan.

Jika kamu mahukannya, carilah ia. Sesungguhnya permintaanmu itu sendiri sudah memadai

You can leave your response or bookmark this post to del.icio.us by using the links below.
Comment | Bookmark | Go to end