<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8383945\x26blogName\x3dMy+homie.+My+shell.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://undergroundst23.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_SG\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://undergroundst23.blogspot.com/\x26vt\x3d-8109598527040998144', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kesedaran


Aku tidak sangka yang aku akan diketemukan dengan mereka yang telah menyedarkan diriku dari kolam kekotoran. Benih-benih kesabaran, keinsafan dan keikhlasan telah ditanam semula. Aku amat bersyukur kerana Allah telah mengkabulkan doaku.


Mendaki Gunung Ledang telah mengajarku kembali perkara-perkara yang telah lama terlepas dari genggamanku. Perbualan bersama Harith,Hariz dan Abang Mail telah mengajak aku untuk bermuhasabah dan mencerminkan diri sendiri. Iman itu mestilah kuat. Sentiasa ingatkan Yang Maha Kuasa. Apa saja yang dilakukan, mulakan dengan bismillah. Insya-Allah, semuanya berjalan dengan lancar.


Bismillah-Allah Maha Besar


Banyak perkara yang telah diceritakan. Dalam banyak-banyak perkara itu, ada sebuah kisah ini yang amat mengkagumkan diriku. Seorang insan telah mendaki Gunung Ledang dan bermalam di dalam hutan. Dia mengerjakan solat berseorangan dan suatu ketika bila dia telah tamat membaca surah Al-Fatehah, terdengar pula berduyun-duyun 'orang' yang menyambutnya dengan perkataan Amin. Walaupun ramai yang akan mengatakan ia mengerikan, tetapi aku berfikir ia adalah sebuah kecantikan alam.


Ketika perbualan itu, tekadku untuk mengejarkan solat dikuatkan. Sebelum itu, kejadian yang berlaku ketika pendakian yang lepas telah ku membuatkan sebagai perangsang untuk bersolat seberapa mungkin. Aku gembira telah dapat mengerjakan solat. Mungkin tidak keseluruh lima waktu tapi, telahku mengerjakan dalam anggaran lebih 50 peratus. Alhamdulillah, tiada perkara buruk yang menimpa kami.


Dalam ekspedisi yang kali ini, telah aku menangkap beberapa lagi perkara yang boleh dibuatkan sebagai pngajaran ataupun ikhtibar. Seperti bercakap besar, bermulut celupah dan menjadi terlalu gembira. Dan telah pun dikatakan sekiranya hilang di dalam hutan ataupun dikaburkan pemandangan, hendaklah melaungkan azan. Mudah-mudahan, perjalanan ataupun permandangan akan kembali sedia kala.


Aku sangat menyesal atas diriku. Aku telah memburuk sangka seorang kawan rapatku. Aku telah dikaburkan dengan perasaan hasad dengkiku, dikerjakan dengan emosi yang sepatutnya dikawal. Aku berasa bersalah dan berharap aku tidak akan mencuba untuk menyakiti hatinya mahupun merasakan perasaan dengki terhadapnya.


Allah, bantulah insan mu yang lemah ini.




Foxtrot Malay cadets



On the peak



High confidence demand
( fyi: if you let go of the rope, 70% of your body will be ruptured.)



Me and my wonderful Foxtrot platoon.



What's that?



Going down...



Nice effect. Actually my phone was wet that's why..Lolx..



me & CM's tent.



Our SAF medic who heals the pain. LOL



Warrant Loh, taking over Warrant Kitto. Yoz!



Warrant Loh and the all ophir trip SAF spec, Sgt Norman



Finally...



The unlicensed rangers



Whole Course



Cracked beauty. Artistic.



CM and his cadet.



Reminds me of gundam seed...peace.


Will post more pics if I can grab em.

You can leave your response or bookmark this post to del.icio.us by using the links below.
Comment | Bookmark | Go to end