<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8383945\x26blogName\x3dMy+homie.+My+shell.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://undergroundst23.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_SG\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://undergroundst23.blogspot.com/\x26vt\x3d-8109598527040998144', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kata hati

Nota: Penulis berharap agar kalimat-kalimat ini tidak dialih bahasakan atas sebab-sebab tertentu. Dia juga meminta agar perkara ini tidak diungkit-ungkitkan. Kerjasama anda smat sangat diharagai.





Aku tidak tahu apakah yang mendorong aku untuk menteterakan kata-kata ini di sini. Mungkin kerana telah sekian lama aku menyimpannya dalam hatiku sendiri. Aku tidak pasti. Dalam jangka usia yang muda sebegini, banyak perkara tentang diriku yang belum ku kenali.

Sejak memasuki sekolah menengah kira-kira lebih 3 tahun dahulu, aku tidak pernah bekerja keras untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaranku. Ketika itu, aku berfikir bahawa aku mempunyai cukup masa dan masih boleh berlengah. Tetapi, kemalasan itu sebuah penyakit yang berjangkit. Ia membiak ke ruang hidupku yang lain. Setiap perkara yang aku ceburi tidak dilakukan dengan sepenuh hati. Semua kerja bak melepaskan batuk di tangga. Kini, ia telah banyak merosakkan kehidupanku. Berkemungkinan juga masa hadapanku. Tetapi, seperti semua tahu, masa hadapan itu belum tentu.

Aku tidak berasa sedih apabila aku sedang mengendalikan jejari jemariku untuk menyusun kata-kataku ini. Malah, aku tidak berasa apa-apa. Hanya sedikit kesal, cukup untuk dibuat pengajaran.

Pada tahun ini, masa berlalu begitu pantas sekali. Dalam masa sebulan Ramadan akan menyinsing. Telahkah aku berjaya memperbaiki amalan-amalan ibadahku? Bagaimana pula dengan sikapku? Niatku? Terus terang aku katakan, banyak keburukan yang terdapat pada diriku. Tiada yang tahu melainkan Tuhan dan diriku sendiri. Aku kini berada di dalam perjalanan untuk memperbaiki diriku sendiri. Tetapi, aku masih belum berjaya lagi. Masih terdapat lagi unsur-unsur yang dapat menjahanamkan masa depanku.

Walau berapa buruk keadaanku kini, aku bersyukur bahawa aku telah dapat pertunjuk dari Ilahi. Sekurang-kurangnya aku tahu arah yang ingin dituju. Aku tahu apa yang hendak dicapai. Aku telah lakarkan masa hadapanku. Tetapi itu semua itu seperti kapal-kapal yang melayari lautan. Bila-bila masa ia boleh karam.

Malas. Itulah sikap yang utama yang harusku kikiskan. Aku jangkakan, ia akan memakan masa yang agak lama. Mungkin tidak sempat aku sirnakan ia supaya keputusan sijil peringakt am dapat diselamatkan. Walau apa sekali pun aku akan terus mencuba.

Aku pintakan agar cinta itu tidak akan merantai diriku di masa hadapan. Aku harap ia tidak akan dicampur adukkan dengan pangkalan hidupku yang lain. Kerana, ia telah mencemarkan sebahagian diriku. Aku tidak menyalahkan cinta. Kerana sama sekali ia tidak bersalah. Manusia harus menerima dan memberi cinta. Tetapi masalahnya, aku tidak dapat menanganinya. Kecemerlanganku dalam pendidikan telah terbantut kerana itu.

Aku tahu apa masalahnya. Aku tahu sedikit sebanyak tentang cara pnyelesaiannya. Aku tahu apa yang harus aku lakukan. Dan aku berharap, apa yang ingin aku kecapi akan terlaksana jua suatu hari nanti.


::: Yang Pertama dan Utama :::

You can leave your response or bookmark this post to del.icio.us by using the links below.
Comment | Bookmark | Go to end