Peti Hitam.
Peti Hitam
Di dalamnya
Kenangan bersalut kata-kata
Kenangan bersalut sentuhan bermakna
Genggamannya hanya di persada khayalan
Aromanya sudah tiada
Kuhirup dan disapa pula
Belaian kasih yang sekian lama
Yang tidak kuterima dengan sejujurnya
Sehelai kain ungu
Yang telah menangkap sentuhannya dulu
Yang telah berkepit di pergelangan tanganku
Tanda jalinan dua hati yang menjadi satu
Akhiratnya tidak ingin kuingati
Benci dihati tiada lagi
Selepas dirinya tiada lagi
Adakah hatiku dikunci
Menunggu kehadirannya kembali?
Aku tidak tahu.
Dan tidak ingin tahu.
Mungkinkah peti hitam bersinar kembali?
Di dalamnya
Kenangan bersalut kata-kata
Kenangan bersalut sentuhan bermakna
Genggamannya hanya di persada khayalan
Aromanya sudah tiada
Kuhirup dan disapa pula
Belaian kasih yang sekian lama
Yang tidak kuterima dengan sejujurnya
Sehelai kain ungu
Yang telah menangkap sentuhannya dulu
Yang telah berkepit di pergelangan tanganku
Tanda jalinan dua hati yang menjadi satu
Akhiratnya tidak ingin kuingati
Benci dihati tiada lagi
Selepas dirinya tiada lagi
Adakah hatiku dikunci
Menunggu kehadirannya kembali?
Aku tidak tahu.
Dan tidak ingin tahu.
Mungkinkah peti hitam bersinar kembali?